Tag Archive | siuf

Skim Insentif Usahawan Felda


SIUF mula diwujudkan pada tahun 2002 dengan tabung pusingan RM50 juta. Pada tahun 2006, dana ini telah ditambah RM50 juta menjadikan keseluruhannya RM100 juta.

Matlamat:

  • Menggalakkan warga peneroka menjalankan aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan keluarga.
  • Melahirkan pengusaha baru dan membantu pengusaha sedia ada menjadi usahawan yang berdaya maju.
  • Merangsang pertumbuhan ekonomi di rancangan.

Kelayakan:

  • Terbuka kepada Peneroka/Isteri/Anak sahaja. Permohonan oleh isteri/anak hendaklah disertakan dengan Surat Aku Janji Peneroka.
  • Hanya peneroka yang bersama FELDA dan mempunyai hasil ladang mencukupi menjelaskan kutipan pinjaman akan dipertimbangkan
  • Satu pinjaman bagi satu keluarga pada satu masa.
  • Diberi bagi projek-projek yang dijalankan di rancangan/kompleks FELDA sahaja.

Bentuk Bantuan :

  • Jumlah pinjaman maksimum RM150,000.
  • Diberi dalam bentuk peralatan dan input.
  • Tempoh maksimum kutipan bayaran balik bagi pinjaman RM5,000 ke bawah ialah 3 tahun dan RM5,000 ke atas ialah 5 tahun.

Cara Memohon :

Permohonan dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Skim Insentif Usahawan FELDA yang boleh didapati di Ibu Pejabat FELDA, Pejabat Wilayah dan Rancangan serta laman web FELDA.

Attachments:
Download this file (FORMAT BORANG PERMOHONAN SIUF.pdf)FORMAT BORANG PERMOHONAN SIUF.pdf [ ] 149 Kb