Yayasan Felda


8f8ef883b393dd85ca513e6b0598b556

Penubuhan

Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 26 September 1998. Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara. Yayasan Felda mula beroperasi pada tahun 1999.

Matlamat

Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan warisan budaya negara serta bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan. Ianya selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda di dalam memperkasakan tanggungjawab sosialnya.

Visi

Yayasan Felda sebagai peneraju utama pelaksanaan tanggungjawab sosial dan keprihatinan kumpulan Felda.

Misi

Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan serta bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia.

Kewangan

Punca kewangan utama Yayasan Felda adalah sumbangan daripada Felda dan Syarikat – syarikat subsidiarinya. Manakala pendapatan dari punca lain termasuklah dividen pulangan pelaburan jangka pendek, kutipan bayaran rawatan serta subsidi rawatan hemodialisis. Sejak mula beroperasi pada tahun 1999, sehingga kini sebahagian besar perbelanjaan yang disalurkan antaranya untuk pendidikan dan lain lain perbelanjaan termasuklah bidang kesihatan, geran penyelidikan dan kebajikan.

Pengurusan kewangan Yayasan Felda diselia oleh Bendahari Yayasan.

Pentadbiran

Dana Yayasan dikawalselia dan diuruskan oleh sebuah Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada lapan (8) orang ahli iaitu empat (4) ahli “Ex-Officio” dan empat (4) ahli lantikan.

Pasukan Pengurusan pula diterajui oleh seorang Ketua Eksekutif dengan dibantu oleh 32 orang pegawai dan pensyarah serta 51 orang kakitangan sokongan bertempat di Ibu Pejabat, Pusat Hemodialisis Felda, Yayasan Felda English Language Center (YFELC), Kolej Yayasan Felda Kampus Kelana Jaya, Mempaga, Trolak dan Raja Alias.

Yayasan Felda menawarkan Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA.

Skim Bantuan Pendidikan Tinggi

Kelayakan & Syarat Memohon

1.   Warganegara Malaysia dan telah diterima belajar sepenuh masa di IPTA dalam negara dan tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana agensi atau institusi kewangan.

2. Kelulusan akademik telah mencapai kelayakan dan keputusan minima seperti berikut :-

• Ijazah Pertama
– STPM – sekurang-kurangnya mencapai dua subjek dengan gred A dan dua subjek lagi gred B serta lulus Kertas AM.

ATAU

– Lulus peringkat Matrikulasi/Diploma/Keputusan Semester terakhir CGPA (PNGK) melebihi 3.0.

• Ijazah Lanjutan Sarjana Atau Doktor Falsafah
– Lulus Kelas Dua Atas peringkat Ijazah Pertama.

• Pengajian Melalui Kerja Kursus (Course Work)

– Pemohon-pemohon hendaklah mencapai Kelas Dua Atas di peringkat Ijazah Pertama atau CGPA 3.0 ke atas dalam peperiksaan semester terakhir peringkat sarjana semasa memajukan permohonan.

3. Pemohon hanya layak menerima sekali sahaja bantuan pelajaran untuk tahun berkenaan. Sekiranya pemohon berkehendakkan bantuan selanjutnya, pemohon hendaklah memajukan pemohonan baru dan dikehendaki memenuhi syarat-syarat minima dan menghadiri temuduga.

Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat Yayasan Felda atau muat turun di website Yayasan Felda.

Kursus yang Ditawarkan

1. Insentif Bahasa Inggeris

2. Asas Penjagaan Kesihatan

3. Multimedia

4. Pembantu Juruteknik Sistem Komputer

5. Juruteknik Sistem Komputer

6. Pembuat Pakaian Lelaki

7. Pembuat Pakaian Wanita

8. Pendandan Rambut Muda

9. Kulinari / Katering

10. Bakeri / Pastri

11. Pramusaji

12. Pembantu Atendan Bilik

13. Kerani Tempahan / Tiketan

14. Pembantu Kaunter Hadapan

Yayasan Felda sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu dan pembelajaran kursus-kursus yang dianjurkan iaitu melalui strategi menambahkan program/pengisian pelajaran serta meningkatkan nilai tambah ‘values added’ kepada sijil yang dikeluarkan. Ini semua semata-mata bagi menjamin mutu sijil setara dengan sijil yang dikeluarkan oleh badan profesional dan akhirnya menjamin masa hadapan peserta yang mengikuti kursus kerana adanya pengiktirafan.
Borang menyertai kursus boleh diperolehi dari Pejabat Yayasan Felda dan Kolej-Kolej ataupun dimuat turun dari website Yayasan Felda di http://www.yayasanfelda.net.my.

Kesihatan

Yayasan Felda menjalankan tanggungjawab kesihatan melalui Pusat Hemodialisis Felda (PHF). Pusat ini telah ditubuhkan pada 23 September 1999 di Anjung Felda Kuala Lumpur. Pusat Hemodialisis Felda didaftar sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan oleh Yayasan Felda pada 24 Jun 2010. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan lesen sah beroperasi kepada PHF pada 1 Julai 2011.

Pusat Hemodialisis Felda bertempat di Tingkat Bawah, Blok A, Anjung Felda mempunyai 23 mesin dialisis yang mana dikendalikan oleh 12 orang kakitangan klinikal iaitu 5 Jururawat Terlatih,  6 Pembantu Dialisis dengan diketuai oleh seorang Ketua Jururawat.

Pesakit diberikan perkhidmatan rawatan oleh Pakar Nefrologi dan dibantu oleh Person in Charge (PiC) iaitu Pegawai Perubatan.

Jumlah pesakit PHF pada akhir tahun 2011 adalah seramai 57 orang. Dari jumlah tersebut seramai 11 orang merupakan pesakit Hepatitis C manakala 46 orang adalah pesakit normal di PHF Kuala Lumpur. Daripada jumlah tersebut, 50 orang terdiri daripada Melayu, 3 orang Cina dan 4 orang India.

Kebajikan & Lain-Lain Program
Program kebajikan yang disumbangkan termasuklah bantuan peralatan, program kesedaran kesihatan masyarakat, serta program khidmat masyarakat dan motivasi kepada pelajar dengan kerjasama institusi luar dan juga sumbangan kepada yang mereka yang memerlukan. Di antara program tersebut termasuklah:-

Program Khidmat Masyarakat 1Malaysia – ‘Sihat dan Prihatin’ diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat luar Bandar mengenai amalan gaya hidup sihat. Tumpuan diberikan kepada masyarakat kampung, rancangan Felda, penempatan orang asli dan kawasan penduduk berbilang bangsa di pinggiran Bandar/ Pekan. Didalam program ini, antara 40 ke 50 orang sukarelawan Yayasan Felda termasuk doktor, doktor pakar, jururawat dan pelajar kursus penjagaan kesihatan anjuran Yayasan Felda yang terlibat dalam program ini. Di antara khidmat yang diberikan adalah:

“Program Turun ke Rancangan bersama Pengerusi Felda”, YB. Tan Sri Hj Mohd Isa Bin Dato’ Hj Abdul Samad bertujuan untuk membantu masyarakat Felda yang kurang upaya (OKU), warga emas dan pesakit kronik. Barangan sumbangan Yayasan Felda seperti keperluan asas harian berbentuk makanan, kerusi roda, katil dan tongkat diberikan semasa program tersebut.

Setiap tahun Yayasan Felda juga telah memberi sumbangan kepada para jemaah haji melalui Felda Travel Sdn Bhd dengan menyediakan barangan keperluan bagi menambah keselesaan mereka ditanah suci seperti bag, kain ihram dan vitamin.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s