Rumah Pasang Siap Generasi Kedua Felda


Felda mengenal pasti kawasan seluas 1,600 hingga 2,000 hektar di tanah rancangan itu di seluruh negara bagi melaksanakan projek perumahan secara ‘pasang siap’ untuk generasi kedua Felda.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, projek berkenaan yang meliputi beberapa kategori kediaman seperti unit banglo, rumah berkembar, teres dan sebagainya dijangka mula dilaksanakan selewat-lewatnya penghujung tahun depan.

Beliau memberitahu, projek itu juga disediakan bagi membolehkan generasi kedua Felda yang terdiri daripada anak-anak peneroka berpeluang menikmati suasana kediaman yang lebih selesa dan kondusif.

Pada masa sama, jelasnya, generasi kedua berkenaan juga akan terus menggalas tanggungjawab untuk menjaga serta mengurus kawasan Felda untuk masa depan generasi seterusnya kelak.

Isa berkata, bagi tujuan itu, kerajaan meletakkan sasaran untuk membina kira-kira 20,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun dengan setiap setahun, sebanyak 4,000 unit kediaman dibina.

Buat masa ini, kita dah kenal pasti kawasan seluas 4,000 hingga 5,000 ekar (1,600 hingga 2,000 hektar) di tanah rancangan Felda, kita masih kaji di segi kesesuaian tanah ini untuk kita bina rumah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s