KAMPUNGKU, SYURGAKU


FELDA SUNGAI TENGI SELATAN

Felda Sungai Tengi Selatan mengandungi 2 buah kampung iaitu Kg. Suria dan Kg. Fajar.. Terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Penduduknya lebih kurang 1000 orang yang terdiri 150 keluarga termasuk penempatan Peneroka Felda dan Kakitangan Felda.

Mula mendiami pada tahun 1988 dan Pejabat Pentadbiran Daerah di Kuala Kubu Bharu. Di kelilingi bandar / pekan seperti Bukit Beruntung, Bestari Jaya dan Tanjong Malim.

Untuk menuju ke Felda Sungai Tengi Selatan ini boleh melalui Bestari Jaya jaraknya lebih kurang 27km, Tanjong Malim jaraknya 48km, Bandar Bukit Beruntung jaraknya lebih kurang 30km dan jika melalui Lebuh Raya Utara-Selatan menyusur keluar di Bukit Tagar yang jaraknya lebih kurang 15km.

Majori penduduk adalah Peneroka Felda dan lain-lainnya adalah terdiri dari Kakitangan Felda. Terdapat aktiviti pertanian seperti Projek Tanaman Rock Melon, Ladang Sayur-sayuran, Tanaman Pisang, Pokok Buah-buahan, Kolam Ikan, ternakan ayam/kambing/lembu dan lain-lain lagi.

Terdapat juga industri luar bandar seperti projek membuat kuih muih tradisional dan moden, kek, pastri,  katering sebagai menambah pendapatan sampingan dikalangan peneroka Felda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s