Edible Garden Felda


Projek Edible Garden diilhamkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri bertujuan menggalakkan peneroka menanam sayuran di kawasan rumah. Selain menjadikannya sumber makanan dan mengurangkan perbelanjaan, juga boleh menjadi sumber pendapatan tambahan kepada warga peneroka. Seluruh peneroka akan dilibatkan dalam program ini.

Matlamat projek Edible Grden FELDA (EGF) ialah seperti berikut:
  • Menjadikan FELDA sebagai Pengeluar Makanan di peringkat global melalui pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan terancang.
  • Mempertingkatkan pengeluaran sayur-sayuran melalui pengeluaran secara komersial dan pemasaran secara sistematik.
  • Mewujudkan pemandangan kawasan perumahan dan kampung yang ceria dan menarik dengan konsep landskap yang mendatangkan hasil kepada penduduknya.

Konsep Edible Garden FELDA :
  • Taman mengandungi tanaman yang boleh dimakan.
  • Tanaman jangka pendek dan  memberi pulangan segera (satu hingga enam bulan).
  • Berfungsi sebagai kebun dapur.
  • Menjadi landskap menarik yang menggabungkan pelbagai pokok herba, sayuran dan buah-buahan.
  • Penggabungan pelbagai warna daun dan buah serta ketinggian yang berbeza menghasilkan kombinasi reka bentuk taman yang indah

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama FAMA bagi menjamin pemasaran hasil pertanian pada harga yang kompetitif.
Rantaian Nilai Projek diwujudkan dengan mengambil sebahagian daripada konsep program Bumi Hijau cetusan idea bekas Perdana Menteri Y.A.B Tun Abdullah Ahmad Badawi di mana hasil tanaman penduduk kampung dipasarkan secara berkumpulan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s