Bantuan Dan Pinjaman Melanjutkan Pelajaran Ke IPTA/IPTS


Selain kemudahan pendidikan, FELDA juga memberikan bantuan dan pinjaman kepada pelajar-pelajar yang layak dan cemerlang dalam bidang pendidikan.  Pelbagai bantuan disediakan bertujuan sebagai galakan dan membantu mereka mendapatkan kelulusan yang tertinggi.

 

Bantuan Pelajaran Tinggi

Skim Bantuan Pelajaran Tinggi diberikan kepada anak-anak peneroka yang layak dan berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma serta mengikuti pengajian sepenuh masa. Bantuan ini diberi untuk meringankan beban kewangan serta menggalakkan mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA (SPPTF)

SPPTF ini diberikan bagi membantu anak peneroka mendapat sumber pembiayaan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Pinjaman ini layak kepada semua anak peneroka yang bersama FELDA yang menuntut di IPTA/IPTS seluruh negara dan juga ditawarkan kepada mereka yang tidak menerima bantuan kewangan dari mana-mana pihak.

Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara

Memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran ke luar negara sekaligus memberi pendedahan terhadap kemajuan dan teknologi di negara maju. Menawarkan Anugerah Dana Khas Pelajar Cemerlang kepada pelajar yang cemerlang SPM dengan SKOR A dalam semua mata pelajaran.

  • menawarkan biasiswa kepada semua anak peneroka yang berkelayakan serta yang tidak mendapat biasiswa kerajaan.
  • membuka tawaran kepada anak kakitangan yang tidak mendapat penajaan daripada organisasi lain.

 

Attachments:
Download this file (Borang Dana Khas Pelajar Cemerlang 2012.pdf)Borang Dana Khas Pelajar Cemerlang 2012.pdf [ ] 99 Kb

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s