Sekolah Kebangsaan Seri Fajar


Profail

Sekolah Kebangsaan Seri Fajar atau nama ringkasnya SK Seri Fajar, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

SK Seri Fajar terletak di tengah-tengah Kampung Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan. Jauhnya hampir 1.5 km dari jalan besar. Berhampiran dengan masjid, Klinik Desa, TADIKA Kemas dan Balai JKKR. Jauhnya dari pusat pentadbiran Kuala Kubu Bharu ialah 82 km. Dari Pekan Bestari Jaya sejauh 29 km, dari Tanjung Malim sejauh 50 km dan dari Sungai Besar sejauh 80 km.

Pencapaian

Tahun 2009, SK Seri Fajar telah dicalonkan sebagai sekolah cemerlang untuk sekolah SKM. Bagaimanapun pihak sekolah telah memaklumkan bahawa SK Seri Fajar tidak dikategorikan sebagai sekolah SKM.

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Seri Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan dibuka pada Januari tahun 2003. SK Seri Fajar terletak di atas tanah seluas 10 ekar. Pada asalnya pelajar dan guru sekolah ini ialah dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi. Bilangan pelajar untuk sesi pertama ini ialah seramai 140 orang untuk Tahun 1 hingga Tahun 5 dan 12 orang guru termasuk seorang Guru Besar. Pelajar Tahun 6 masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi di mana mereka di tempatkan di Asrama Desa.

Pada tahun kedua, 2004, bilangan pelajar meningkat kepada 164 orang dan bilangan guru seramai 13 orang. Tahun 2004 juga merupakan Tahun 6 pertama diadakan. Pada tahun 2008 kelas Pra pertama telah dibuka, dan seramai 25 orang murid telah mendaftar. Kini (2010) bilangan pelajar termasuk kelas Pra seramai 137 orang dan tenaga pengajar seramai 20 orang. Terdapat 4 orang pekerja swasta dan 3 orang pengawal keselamatan yang bertugas di sini.

Pada asalnya SK Seri Fajar ialah SK Sungai Tengi Selatan. Oleh kerana terdapat masalah urusan surat menyurat (surat sampai ke SK Sungai Tengi) maka pihak pentadbir telah memohon ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk menukar nama kepada SK Seri Fajar sempena nama kampung yang terdapat di Felda Sungai Tengi Selatan iaitu Kampung Fajar.

Terdapat lebih kurang 150 keluarga yang tinggal di Felda ini yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak sekolah. Tidak ketinggalan juga pihak Felda, JKKR, GPW serta Belia. Kesemuanya bergabung tenaga untuk menjayakan sekolah.

SK Seri Fajar terletak di tengah-tengah Kampung Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan. Jauhnya hampir 1.5 km dari jalan besar. Berhampiran dengan Masjid, Klinik Desa, TADIKA Kemas dan Balai JKKR. Jauhnya dari pusat pentadbiran Kuala Kubu Bharu ialah 82 km. Dari Pekan Batang Berjuntai sejauh 29 km, dari Tg. Malim sejauh 50 km dan dari Sg. Besar sejauh 80 km.

Sekolah Kebangsaan Seri Fajar adalah sebuah sekolah baru dibina mengikut struktur bangunan terkini. Mempunyai tiga blok bangunan tiga tingkat (blok A – Pentadbiran, Blok B – Makmal, Blok C – Kelas), sebuah kantin, tempat letak basikal, pos pengawal keselamatan, sebuah blok pencawang elektrik, rumah pam dan sebuah padang bola.

Sekolah Kebangsaan Seri Fajar mempunyai 12 kelas, 1 kelas pemulihan, 2 makmal sains, 2 makmal komputer, 1 bilik kemahiran hidup, 1 bilik pendidikan seni, surau, pejabat pentadbiran, bilik muzik, kedai sekolah, bilik rawatan perubatan, bilik guru, perpustakaan, bilik tayangan, dewan serbaguna, kemudahan bilik mandi, tandas, setor barang/sukan/buku, dan ruang lobi.

Sehingga kini telah disediakan peralatan untuk pejabat/pentadbiran, makmal komputer, PPSMI, peralatan P&P dan peralatan bilik tayangan. Buku-buku untuk perpustakaan juga dibekalkan lebih 2000 naskhah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s