Skim Pinjaman Perumahan Program Pembesaran Rumah Peneroka RM100 Juta


06 Mac : Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengingatkan semua petugas di Lembaga Felda dan di Felda Global Ventures (FGV) agar sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
Peringatan itu dibuat memandangkan terdapat pihak-pihak yang kurang senang dengan peningkatan dan kejayaan yang diperolehi oleh Felda hinggakan mampu mencipta isu-isu yang mampu menjatuhkan kredibiliti dan imej Felda.
Lantaran itu, Isa Samad sentiasa mahukan setiap petugas yang berkhidmat di bawah Felda mengingati nasihatnya memandangkan Felda tidak pernah terlepas dari mendapat perhatian sama ada dari peneroka Felda sendiri mahu pun pihak luar dari Felda.
“Seperti kita sedia maklum, Felda sebuah organisasi yang sentiasa mendapat perhatian dari semua pihak. Bukan sahaja dari kalangan masyarkat peneroka tapi dari kalangan di luar masyarakat peneroka.
“Lebih-lebih lagi dari kalangan ahli politik sama ada perhatian yang diberikan itu baik atau tidak, tetap diberikan perhatian. Oleh itu, saya sentiasa ingatkan para petugas untuk berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab supaya tidak timbulkan isu-isu yang boleh menyukarkan kita (Felda) dan buang masa kita untuk menjelaskan isu tersebut,” kata Isa Samad dalam ucapan rasminya ketika berlangsungnya Majlis Anugerah Semai Bakti Felda 2013 di Menara Felda, hari ini.
Kata Isa Samad, Felda dan politik tidak dapat dipisahkan dan sentiasa berkaitan antara satu sama lain memandangkan terdapat ahli politik yang sengaja mencipta isu dalam Felda demi kepentingan politik.
Justeru, sekiranya nasihat dan saranannya diikuti, tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dipikul dengan baik selain mengekalkan keharmonian di kalangan masyarakat peneroka.
“Kalau semua pihak mengingati perkara ini, maka saya percaya kita bukan sahaja dapat jalankan tugas dengan baik tapi kita juga dapat timbulkan suasana yang lebih harmoni di kalangan masyarakat peneroka khususnya,” katanya. FeldaVoice

XOX-FELDA


PENGENALAN

XOX-FELDA merupakan perkhidmatan pra-bayar Jalur Lebar Pantas (JLP) mampu milik terkini yang disediakan khusus untuk warga FELDA atas jalinan kerjasama antara XOX Berhad dan FELDA.

CIRI-CIRI PRODUK

Rangkaian Mudah Alih Terluas!
Rangkaian Jalur Lebar Terpantas* di kawasan FELDA.
Pelan Jalur Lebar Pantas dari serendah 60 SEN** sehari!
Kadar Panggilan dari serendah 5 SEN*** untuk setiap panggilan!

PELAN JALUR LEBAR PANTAS XOX-FELDA

Pelan Jalur Lebar Pantas XOX Felda

PELAN PANGGILAN DAN SMS XOX-FELDA

Felda website call rate XOX Felda

MEMBER-GET-MEMBER (PELAN GANJARAN MGM)

Perkenalkan Keluarga dan sahabat anda ke Pra-Bayar Jalur Lebar Pantas XOX-FELDA untuk mendapat ganjaran hebat.
Ganjaran Tambah Nilai!
Apabila ahli keluarga dan rakan anda menambah nilai akaun Jalur-Lebar Pantas XOX-FELDA mereka, anda dapat menikmati 2% daripada jumlah tambah nilai mereka sebagai bonus masa berbual percuma!
 felda thing 5 XOX Felda
Ingat, semakin banyak ahli ‘REG’ kod anda, semakin banyak ganjaran anda akan nikmati. Selain itu, anda boleh menikmati ganjaran tanpa had apabila setiap kali mereka menambah nilai!

CARA-CARA MENGGUNAKANNYA

 user guide 1 XOX Felda
user guide 2 XOX Felda
user guide 3 XOX Felda
user guide 4 XOX Felda
user guide 5 XOX Felda
user guide 6 XOX Felda
user guide XOX Felda

PELUANG PERNIAGAAN PERUNCITAN!

1.Jalinan kerjasama dengan Majlis Belia FELDA Malaysia
2.Berniaga secara mudah alih, boleh beroperasi dari rumah/kedai
3.Pelan komisen tertinggi di pasaran!
4.Berpeluang menjana purata pendapatan sehingga RM3000 atau lebih
5.Modal Permulaan boleh didapati melalui pinjaman mikro TANPA faedah daripada Jabatan Pembangunan Usahawan  FELDA
6.Latihan akan diberikan secara percuma

Destinasi Pelancongan Felda Sungai Tengi Selatan


hulu-mapX
Felda Sungai Tengi Selatan adalah sebuah rancangan felda yang terletak di Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Jika anda berkunjung ke tempat ini, kiri kanan adalah ladang kelapa Sawit. Anda perlu melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan menyusur ke Enterchange Bukit Tagar yang jaraknya lebih kurang 15km. Sekiranya anda melalui Tanjong Malim, Kampong saya adalah lebih kurang 48km. Jika anda dari Bestari Jaya (Batang Berjuntai) jaraknya adalah lebih kurang 27 km.
pasu-batik
Peta di bawah menunjukkan di mana letaknya Tanjong Malim dan Kemajuan Tanah S.Tengi. Senang sekali anda ikut lebuhraya Enterchange Bukit Tagar. Maka, entri ini saya letak di bawah Tanjong Malim. Saya nak promote Kampung saya dan tempat berdekatan sebagai destinasi pelancongan.
20131127_131132
Jika berkunjung di Felda Sungai Tengi Selatan, bolehlah melawat ke Pasu Batik Felda Sungai Tengi. Pengusahanya adalah Puan Seri Rohani. Anda boleh membeli labu Sayung tampal kain batik yang begitu istimewa dan unik sekali. Labu Sayung adalah cendera hati khas dari negeri Perak. Labu ini boleh dijadikan sebagai cendera hati untuk sahabat handai dan barang perhiasan di rumah anda. Saiz yang paling kecil adalah berharga RM15. Sila lawat link berikut : http://allaboutpasubatik.blogspot.com/. Anda boleh melihat sendiri proses pembikinan Labu Sayung Batik. Prosesnya memerlukan kemahiran seni dan kesabaran yang tinggi kerana begitu rumit dan teliti sekali.
images
Selain itu, boleh juga melawat projek-projek pertanian yang sudah menjadi kebiasaan pelancung domestik dan dari luar negara seperti tanaman sayur-sayuran secara komersial yang diusahakan oleh Sdr. Shamuganathan a/l Murugesau, tanaman serai yang diusahakan oleh Sdr. Zainal Ngiso, tanaman rock melon secara fertigasi secara komersial dan lain-lain lagi.
1488302_704952746206242_444515215_n
Terdapat juga projek industri luar bandar  seperti  mengusahakan kuihmuih tradisional dan moden, kek dan coklat, katering majlis keramaian yang diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Sdr. Abd Wahab Abd Samad/Norshidah Yusoff yang telah menjalankan perusahaan ini sejak beberapa tahun dahulu hingga sekarang.

Bantuan Khairat Kematian Peneroka Felda


TABbesar---Khairat

  • Skim ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010 sebagai salah satu aktiviti kebajikan yang disumbangkan oleh FELDA kepada peneroka di tanah rancangan.  Tujuan skim ini adalah sebagai bantuan menguruskan jenazah dan mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung oleh waris.
  • Belanja pengurusan jenazah RM3,000 dibayar serta merta oleh Pengurus Rancangan kepada waris.
  • Permohonan bayaran khairat kematian RM7,000 perlu diuruskan oleh waris dalam tempoh satu minggu dari tarikh kematian menggunakan Borang Tuntutan Khairat Kematian Peneroka yang boleh diperolehi di Pejabat Rancangan. Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pengurus Rancangan untuk dimajukan kepada Pengurus Besar Wilayah dan kelulusan bayaran oleh Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat FELDA. Bayaran RM7,000 akan dipertimbangkan kelulusannya oleh FELDA setelah kematian peneroka diperakui oleh Pengurus Rancangan dan disahkan oleh Pengurus Besar Wilayah melalui borang PKKP.
  • Ibu Pejabat FELDA akan mengeluarkan surat kelulusan bayaran kepada Pengurus Rancangan untuk dibuat bayaran kepada waris.

Projek Taman Perumahan Generasi Kedua Felda


 385519_186592334758304_100002226168305_407393_596567542_n

Felda Sungai Tengi Selatan menjadi meriah dan bersejarah kerana telah menyempurna Upacara Pecah Tanah Projek Taman Perumahan Generasi Kedua/Ketiga Felda di Felda Sungai Tengi Selatan pada 28hb. Oktober, 2012 pada jam 5.00 petang.

Upacara pecah tanah tersebut telah disempurnakan oleh Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Walaupun pada ketika itu hujan lebat, namun ramai orang lebih kurang 1,000 orang yang hadir  tidak berganjak dari majlis yang bersejarah itu.

image

Turut hadir ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Cabang Hulu Selangor, Ybhg. Sdr. Mohamad Nazar Bin Mohamad Yakin, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Tuan T, Kumar, Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor dan lain-lain lagi.

Warga Felda Sungai Tengi Selatan mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri Selangor yang yang prihatin dan peka kepada permasaalahan penempatan generasi kedua dan ketiga di kawasan-kawasan Felda di Selangor khususnya di Felda Sungai Tengi Selatan.

Setakat ini lebih kurang 600 Generasi Kedua dan Ketiga Felda telah mengemukakan permohonan kepada Sekretariat Task force Felda Negeri Selangor. Ini menggambarkan bahawa golongan Generasi 2 dan 3 memang memerlukan tapak rumah di kawasan Felda di Selangor.

Sekretariat Task Felda Negeri Selangor telah merancang untuk menempatkan 3 blok di Felda Sungai Tengi Selatan, yangmana akan mendirikan 60 unit rumah di Fasa Pertama dengan keluasan tanah 60′ x 40′. Sesuai dengan dasar dan hasrat Kerajaan Negeri Selangor  akan membina rumah bagi Generasi Ke 2 / 3 Felda supaya lebih selesa bagi keluarga mereka.

Dengan adanya penempatan Taman Perumahan Generasi Kedua / Ketiga ini dapat memakmurkan lagi perkampungan Felda Sungai Tengi Selatan yang penduduknya hanya seramai 139 keluarga dan akan dapat meproduktifkan lagi aspek pembangunan di Felda Sungai Tengi Selatan dalam aktiviti-aktiviti berikut:

  • Meningkatkan sosio ekonomi penduduk.
  • Meningkatkan lagi jumlah murid SK Seri Fajar Felda Sungai Tengi Selatan dan Sekolah Rendah Agama yang ketika ini kritikal menangani bilangan murid.
  • Dapat membantu keluarga dalam aktiviti ladang sawit dan pertanian.

Warga Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan berharap sangat kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya projek ini menjadi kenyataan kerana selama ini Generasi Kedua dan Ketiga begitu lama menunggu penempatan perumahan ini dilaksanakan.

 

Penubuhan JKKK Penaja Kg.Sungai Tengi Selatan


31669_121975337843082_100000918492732_110729_3052835_n

JKKK Penaja Kampung Sungai Tengi Selatan telah mengadakan majlis penubuhan secara rasminya pada 25 Okt 2013 yangmana telah dihadiri Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Tuan Haji Mohamad Nazar bin Yakin. Hakikatnya banyak agenda yang dirancangkan untuk membangunkan Kg. Sungai Tengi Selatan, dengan demikian Kampung Sungai Tengi Selatan tidak tersisih dengan arus pembangunan yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Dari segi latar belakang kampung ini, sebenarnya penempatan Kg. Sungai Tengi Selatan telah mula dibuka pada tahun 1988 dengan jumlah penduduknya seramai 139 keluarga peneroka Felda. Kebanyakkan yang menghuni kampong ini dari rumpun generasi kedua dari Felda Gedangsa, Felda Soeharto dan Felda Sg. Tengi. Selain dan ada juga yang datang  dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Langat dan Klang.

JKKK di Sungai Tengi Selatan pernah dibentuk pada tahun 1995 hingga 2004. dimana semasa itu penempatan Felda Sungai Tengi Selatan keluar dari pengurusan Felda, ekoran terdapat rancangan dari Kerajaan Negeri untuk memajukan 4 skim Felda di Gugusan Sungai Dusun. Disebabkan kegawatan ekonomi dan perubahan struktur politik negeri pada masa itu terbantut.

298055_268087439898537_100000918492732_808685_1692953972_n (1)

Dengan demikian, pada tahun 2005 kesemua Gugusan Felda Sungai Dusun telah kembali dibawah pengurusan Felda untuk menstabilkan keadaan ladang sawit yang terbiar dan kedudukan ekonomi peneroka Felda pada masa itu yang kian meruncing.

Sebagaimana yang termaklum, sebenarnya Kg. Sungai Tengi Selatan pada dasarnya telah tertinggal dalam arus pembangunan material dan sosial melalui perhubungan dengan Kerajaan Negeri Selangor sejak memerintah 5 tahun lepas di negeri ini.

Jika dibandingkan dengan 3 penempatan Felda yang lain seperti di Kg. Gedangsa, Kg. Soeharto dan Kg. Sungai Tengi… dimana semuanya sudah menubuhkan JKKK masing-masing sejak 5 tahun lalu.

XDTZSH2XIPLFUHGLRDIDFA4UL11LQAGN3AVJFCONYH4JQSNO

Kemungkinan kami disini mengalami senario terlepas pandang ataupun miss komunikasi dengan pihak-pihak yang berwajib Kerajaan Negeri Selangor.

Justeru kepada kedudukan inilah kami penduduk-penduduk di Kampung Sungai Tengi Selatan  mengharapkan sangat supaya kami dapat mewujudkan sebuah organisasi JKKK bagi faedah dan manfaat penduduk setempat dalam menangani situasi-situasi semasa yang dianggap terpenting bagi penduduk-penduduk kampong ini dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan adanya organisasi JKKK dikampung Sungai Tengi Selatan, kami dapat menyelaras dan mentadbir kepada aspek-aspek berikut:

  • JKKK bertindak sebagai agen perubahan dan penghubung penting antara pihak Kerajaan Negeri dan penduduk kampung.
  • Penduduk kampung ini dapat menikmati faedah daripada kemudahan asas dan perkhidmatan pengembangan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri.
  • Melaksana dan menstrukturkan pelan pembangunan kampong ini selaras dengan dasar pembangunan luar Bandar dari Kerajaan Negeri Selangor.
  • Dibawah payung JKKK, penduduk mendapat sumber maklumat dan dasar-dasar dari Kerajaan Negeri Selangor dengan lebih tepat dan jelas.
  • Penyelarasan aspek keselamatan dan kemajuan kampong.

JKKK Penaja di Kg. Sungai Tengi Selatan telah pun mengemukakan permohonan kepada pihak yang berwajib khususnya Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan sejak bulan Jun 2013 lagi.

Sedia maklum, kedudukan kami perkampungan di Felda Sungai Tengi Selatan sebenarnya belum digazetkan Group Settlement Area (GSA) ataupun Akta Penempatan Berkelompok sejak kami menduduki pada tahun 1988 lagi.

Dengan penubuhan JKKK di Kg. Selatan dapat dijadikan platform mata dan telinga Kerajaan Negeri Selangor dalam perbagai perkara dan agenda, dimana Kerajaan Negeri Selangor telah pun mengambilalih tanah-tanah rezab di Felda Sungai Tengi Selatan yang dianggarkan lebih kurang 2000 ekar bermula November 2013 dari ladang buah-buahan Felda Pertanian Sdn. Bhd dan ladang sawit Felda Plantation Sdn. Bhd.

Selain daripada itu, kawasan rezab kampong telah pun dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri Selangor seluas lebih kurang 60 ekar untuk dijadikan tapak rumah generasi kedua Felda yang masih belum memiliki rumah kediaman, dimana telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Dato Seri Anwar Ibrahim tahun lepas.

Fokus JKKK adalah untuk memohon kepada Kerajaan Negeri supaya  penduduk-penduduk di kampong ini dapat dianugerahkan Geran Tanah Kebun dan Tapak Rumah Peneroka Felda. Ini memandangkan kami warga Peneroka Felda sejumlah 139 orang telah menduduki penempatan di Felda Sungai Tengi Selatan sejak tahun 1988 lagi iaitu lebih kurang sudah 25 tahun yang lalu kami sudah tinggal disini.

Permohonan untuk mendapatkan geran atau hakmilik ini telah pun dimajukan kepada Felda dan diharapkan Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian dan keutamaan kerana penduduk-penduduk disini yang kebanyakannya telah dikategorikan warga emas dan  amat berharap sebelum mereka kembali kerahmatullah dapat melihat surat hakmilik yang sudah layak dimiliki.

Permohonan Penganugerahan Tanah Lebihan (Rezab) Felda Kepada GenerasiKedua Felda. Kerajaan Negeri Selangor telah pun berhasrat melalui Task Force Felda untuk mendapatkan tanah lebihan (rezab) di Felda Sungai Tengi Selatan yang keluasannya dianggarkan lebih kurang 2,000 ekar untuk dianugerahkan kepada generasi kedua Felda dan diharap perkara ini menjadi kenyataan.

Untuk makluman Yang Berbahagia Tuan, jumlah penduduk di Felda Sungai Tengi Selatan mempunyai seramai 139 keluarga dan kami amat menyokong penuh usaha-usaha murni kepimpinan Kerajaan Negeri untuk merealisasikan pertambahan penduduk di kampong kami khususnya menjayakan skim perumahan generasi kedua Felda.

Dengan terlaksananya pertambahan penduduk di kampong ini dapat terlerai permasaalahan yang serius dan berbangkit di kampong kami, antaranya:

  • Bagi mengatasi masaalah kekurangan murid-murid sekolah yang kian meruncing, terutama di Tadika, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama.
  • Dengan pertambahan penduduk di kampong kami dapat menstabilkan sektor ekonomi, khususnya peniaga-peniaga kecil dengan adanya pertambahan penduduk yang dicadangkan.

Kesihatan Warga Felda


PDF Print E-mail
 

Yayasan Felda menjalankan tanggungjawab kesihatan melalui Pusat Hemodialisis Felda (PHF). Pusat ini telah ditubuhkan pada 23 September 1999 di Anjung Felda Kuala Lumpur. Pusat Hemodialisis Felda didaftar sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan oleh Yayasan Felda pada 24 Jun 2010. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan lesen sah beroperasi kepada PHF pada 1 Julai 2011.

 

Pusat Hemodialisis Felda bertempat di Tingkat Bawah, Blok A, Anjung Felda mempunyai 23 mesin dialisis yang mana dikendalikan oleh 12 orang kakitangan klinikal iaitu 5 Jururawat Terlatih,  6 Pembantu Dialisis dengan diketuai oleh seorang Ketua Jururawat.

 

Pesakit diberikan perkhidmatan rawatan oleh Pakar Nefrologi dan dibantu oleh Person in Charge (PiC) iaitu Pegawai Perubatan.

 

PESAKIT PHF


Jumlah pesakit PHF pada akhir tahun 2011 adalah seramai 57 orang. Dari jumlah tersebut seramai 11 orang merupakan pesakit Hepatitis C manakala 46 orang adalah pesakit normal di PHF Kuala Lumpur. Daripada jumlah tersebut, 50 orang terdiri daripada Melayu, 3 orang Cina dan 4 orang India.