Arkib

Pengenalan Kepada Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960


1.0       TUJUAN

Kertas  ini disediakan adalah bertujuan untuk menerangkan kepada warga Peneroka Felda mengenai  konsep-konsep asas yang mendasari Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960 yang mana lebih dikenali sebagai Akta GSA dikalangan para Penjawat Awam di Pejabat Tanah.

2.0       HARAPAN

Nota  ini dibuat secara penerangan yang mudah dan adalah diharapkan selepas mengikuti para paserta akan dapat memahami tujuan asas penggubalan akta ini dan konsep-konsep Akta GSA ini.

3.0       LATAR BELAKANG

Akta ini telah digubal pada tahun 1960 selaras dengan peruntukan dibawah artikel  76 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penggubalannya akta ini dikenali sebagai Akta 13 yang mula berkuatkuasa pada 30.5.1960 di Semenanjung Malaysia kecuali di Pulau Pinang dan Melaka (1.1.1966). Akta ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia kerana Sabah dan Sarawak mempunyai peruntukan-peruntukan undang-undang tersendiri.

Akta ini telah dipinda beberapa kali. Diantara pindaan yang terlibat ialah :-

i)          Akta 51/65 yang berkuatkuasa pada 15.9.1965, melibatkan

pihak FELDA.

ii)         Akta 521. – 29.5.1981

iii)        Akta 541. – 14.5.1982

iv)        Akta 853. – 16.7.1993

Akta ini kemudian menjalani semakan tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta 530 yang mula berkuatkuasa pada 12.12.1994. Selepas semakan ini, Akta GSA dipinda lagi melalui pindaan A950 yang berkuatkuasa pada tahun 1996.

4.0       MATLAMAT UTAMA AKTA TANAH

4.1       Mewujudkan satu penempatan baru secara terancang dengan menyediakan sumber-sumber ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang.

4.2       Membasmi kemiskinan terutama bagi penduduk- penduduk kampung tradisional.

4.3       Mengatasi masalah kelaparan tanah dan agihan tanah yang tidak merata.

4.4       Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan pertanian dan eksport.

4.5       Menggalakan perindustrian berasaskan pertanian.

5.0       KANDUNGAN AKTA

Terdapat 48 Seksyen dan 2 jadual. Pembahagian seksyen secara am adalah seperti berikut :-

Bahagian 1. – Permulaan.

Bahagian 2. – Penempatan Berkelompok.

Bahagian 3. – Pegangan Desa.

Bahagian 4. – Pendudukan, Pegangan Desa dengan Harapan Hakmilik.

Bahagian 5. – Pegangan Bandar.

Bahagian 6. – Am.

Bahagian 7. – Kawasan Pembangunan Persekutuan.

Bahagian 8. – Penyerahan Hak oleh penduduk mengharapkan hakmilik.

Bahagian 9. – Penamatan.

Di dalam akta ini juga terdapat 2 buah jadual iaitu Jadual Pertama yang berkaitan dengan penggunaan borang dan Jadual Kedua berkaitan dengan penyesuaian-penyesuaian dengan kawasan pembangunan Persekutuan.

6.0       BEBERAPA ISTILAH JAWATAN PENTING

6.1       Pemungut – sebarang Pentadbir Tanah (PT), Pegawai Tanah, Pegawai Daerah ataupun pegawai lain yang dilantik di bawah undang-undang tanah negeri termasuklah Penolong PT atau Penolong Pegawai Daerah.

6.2       Pengarah – pegawai yang dilantik oleh PBN sebagai Pengarah bagi  maksud akta ini. Biasanya PTG bagi setiap negeri.

6.3       Pengurus – dilantik oleh Pihak Pembangunan Persekutuan mengikut Sek.36 bagi sesuatu kawasan pembangunan.

6.4       Pengerusi – FELDA dan FELCRA

6.5       Menteri – KTPK

7.0       BEBERAPA KONSEP PENTING

7.1       Bayaran tahunan disatukan.

Bayaran tahunan yang dikenakan di bawah seksyen 20 meliputi pegangan desa dan pegangan bandar. Unsur-unsur bayaran ini ialah :-

i)          premium

ii)         cukai tanah

iii)        bayaran ukur

iv)        bayaran perkhidmatan, harga alat dan perkakas

Untuk tanah pegangan desa – bayaran secara ansuran dan bagi tanah pegangan bandar pula cara bayaran ialah sekaligus. Jika ingkar pembayaran, boleh dianggap sebagai melanggar syarat.

7.2       Kawasan Pembangunan Persekutuan -

Bermakna suatu kawasan penempatan yang diistiharkan melalui warta di bawah seksyen 4 bagi kegunaan-kegunaan di bawah sek.34(2).

7.3       Kawasan Pembangunan Negeri -

Bermakna kawasan yang diwartakan di bawah sek. 4 untuk dimajukan oleh pihak negeri.

7.4       Kawasan Penempatan -

i.   Bandar. Sek.6

ii.  Desa.    Sek.5

8.0       AKTA TANAH (GSA) SKIM PERSEKUTUAN :

8.1       Mesti ada satu perjanjian diantara PBN dan agensi pembangunan Persekutuan seperti Felda dan Felcra.

8.2       Isi kandungan perjanjian terkandung di dalam sek. 34 (1) a-g.

Apabila PBN mengistiharkan sesuatu kawasan di bawah sek.4 akta GSA sebagai kawasan pembangunan Persekutuan, maka kawasan itu akan terletakhak kepada agensi berkenaan (Felda) menerusi pemakaian peruntukan sek.34 (2).

9.0       KUASA-KUASA FELDA

i)          Pembahagian kawasan penempatan. (Pengerusi).

ii)         Kebenaran menduduki pegangan desa. (Pengurus).

iii)        Penentuan kawasan dan jumlah petak yang bersangkutan dengan pegangan desa. (Menteri).

iv)         Senggaraan Daftar Pegangan Pegangan Desa. (Pengurus).

v)          Penguatkuasaan syarat.

vi)        Pengutipan bayaran bayaran tahunan disatukan.

vii)       Penetapan bayaran tahunan disatukan.

viii)        Pelepasan kelayakan. (Menteri). Sek.19. Para 1 (1) jk.

ix)           Kelulusan serah hak :

a)         Pegangan Desa.     (Pengurus). Sek.24.

b)            Pegangan Bandar.  (Pengerusi). Sek.29. Para 2 & 4(1) jk.

x)            Pemberian hak – pendudukan sementara. Sek.37 (b)

xi)           Penguatkuasaan – pendudukan haram. Sek.30. Para 4(1) jk.

xii)         Mendengar rayuan – Menteri. Sek.39

Bila bayaran tahunan disatukan telah selesai dibayar mengikut perjanjian, (Sek.34 (2)(d)), kawasan pembangunan tersebut akan terletak hak kembali kepada PBN. Kuasa-kuasa Felda seperti yang dinyatakan di atas ditamatkan, (Sek. 34 (3)).

10.0    PEMBERIMILIKAN

i)             Di dalam kawasan Felda, kuasa meluluskan pemberimilikan masih lagi di pihak PBN. [ Sek. 10 dan Sek. 38 (2) (k) ].

ii)            Pengurus boleh membenarkan pendudukan ke atas pegangan  desa selepas kelulusan pemberimilikan. [ Sek.10 (1)(b) dan Sek.38 (2) (  ) ].

iii)        Felda tidak meluluskan pemberimilikan.

iv)        Syarat-syarat pemberimilikan dikenakan semasa kelulusan, bukan pada masa tempoh pembayaran bayaran tahunan disatukan.

10.1    Pegangan Desa Dengan Bayaran Tahunan Disatukan :

i)             Kelulusan dibuat sebelum penguatkuasaan KTN.

ii)            Syarat pemberimilikan ialah :-

a)         kawasan.

b)         tempoh milik.

c)         kadar cukai.

d)         kadar premium.

e)         bayar btd.

f)          syarat nyata.

g)         sekatan kepentingan.

10.2    Pegangan Desa Tanpa Bayaran Tahunan Disatukan :

i)             Kelulusan sebelum penguatkuasaan KTN.

ii)            Syarat sama kecuali bayaran tahunan disatukan.

10.3    Pegangan Bandar

i)             Kelulusan sebelum penguatkuasaan KTN.

ii)            Syarat-syarat adalah sama kecuali bahagian syarat nyata.

10.4    Kelulusan Selepas KTN :

i)          Pegangan Desa.

ii)         Syarat sama.

iii)        Kenakan kategori

ii.  Pegangan Bandar.         Syarat sama. Kenakan kategori

Isu dan masalah :

1.         Pengwartaan.

2.         Senarai Daftar Pegangan.

3.         Perletakan hak.

4.         Syarat nyata.

5.         Cukai.

6.         Harta Pusaka.